Sehari Selembar Benang:
bendang = sawah 稻田
ccNeVeRLaND: Latihan Kata Bilangan

Friday, 4 November 2011

Latihan Kata Bilangan

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.


1. ____ orang penangih dadah telah ditangkap dalam operasi semalam.
   ( Kedua / Sepuluh / Setiap / Semua)


2. Penyakit kuku dan mulut telah menyebabkan ____ ekor lembu di 
    kampung itu mati.
    ( segala / tiap-tiap / berpuluh-puluh / bertahun-tahun)


3. Penduduk kampung itu tidak bersatu. ____ hanya mementingkan diri sendiri.
    ( Masing-masing / Seperempat / Beribu-ribu / Segelintir )


4. Encik Kamal pulang awal kerana dia hanya bekerja ____ hari sahaja.
    ( sesetengah/ setengah / seluruh / semua )


5. ____ daripada penduduk di situ ialah golongan tua.
    ( Keempat / Semua / Beberapa / Sepertiga )


6. Akibat suka merantau, sudah ____ tidak menyambut Tahun Baharu Cina 
     bersama keluarganya.
    ( bertahun-tahun / berbagai-bagai / beribu-ribu / segelintir )


7. " Dalam kejadian kebakaran semalam, ____ buah kedai telah hangus terbakar
     ," kata pegawai bomba itu.
     ( keempat-empat / seluruh / empat / setiap )


8. ____ penghuni Kondominium Sri Angkasa diarahkan berpindah akibat 
     kejadian tanah runtuh semalam.
     ( Kesembilan / Seperlima / Setengah / Semua )


9. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan setelah tamat ____ masa pertama.
    ( separuh / setengah / satu / seperdua )


10. ____ orang percaya bahawa bomoh berupaya mengubati pelbagai penyakit.
     ( Separuh / Sesetengah / Semua / Seluruh )


Jawapan:-
1. Semua
2. berpuluh-puluh
3. Masing-masing
4. setengah
5. Sepertiga
6. bertahun-tahun
7. empat
8. Semua
9. separuh
10. Sesetengah
smilePhotobucket
Disediakan oleh Teong Phaik Chun

0 comments:

Terima kasih atas komen anda!
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

ccNeVeRLaND Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon | Sponsored by: Website Templates | Premium Wordpress Themes | consumer products. Distributed by: blogger template