Kesalahan dalam ayat
1. 1. Kata adjektif daripada binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali.
* Contoh:
---Shei Ling yang terhodoh sekali. ( X )
---Shei Ling yang terhodoh. ( / )
2. 2. Kata adjektif daripada binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali.
* Contoh:
---Shei Ling yang paling gemuk sekali. ( X )
---Shei Ling yang paling gemuk. ( / )
3. 3. Kata adjektif yang menerima awalan memper- dan diper-, kata adjektif tidak perlu dibubuh akhiran –kan.
* Contoh:
---Jangan memperkecilkan kebolehan saya.. ( X )
---Jangan memperkecil kebolehan saya. ( / )
4. 4. Sekiranya kata adjektif digandakan, maka kata nama tidak perlu digandakan lagi.
* Contoh:
---Rumah-rumah banglo di kawasan itu cantik-cantik belaka. ( X )
---Rumah banglo di kawasan itu cantik-cantik belaka. ( / )
5. 5. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan seperti yang berikut.
* Contoh:
i. se- + kata adjektif +gandaan + kata nama
---sekeras-keras kerak nasi
---sepandai-pandai tupai
ii. ter- + kata adjektif
---terbersih, terlaju, tercantik
iii. paling + kata adjektif
---paling enak, paling lambat
iv. kata adjektif + sekali
---hodoh sekali, gagah sekali
v. ter + amat + kata adjektif
---teramat dalam, teramat sedih
ter + sangat + kata adjektif
---tersangat gembira, tersangat kecewa
vi. amat + kata adjektif + sekali --------amat cantik sekali
sungguh + kata adjektif + sekali----sungguh malas sekali
sangat + kata adjektif + sekali-------sangat lincah sekali
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment