1. Bagi ayat yang mempunyai kata kerja pasif dan tidak berimbuhan, hanya kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua sahaja yang digunakan.
* Contoh:
---Air sirap itu dia minum. ( X )
---Air sirap itu saya minum. ( / )
---Kanak-kanak malang itu mereka bantu. ( X )
---Kanak-kanak malang itu kamu bantu. ( / )
2. Bagi ayat yang mempunyai kata kerja pasif dan berimbuhan -di serta menggunakan kata sendi oleh, hanya kata ganti nama diri ketiga yang digunakan.
* Contoh:
---Hadiah itu dibalut oleh saya. ( X )
---Hadiah itu dibalut oleh mereka. ( / )
---Hadiah itu saya balut. ( / )
---Buku itu diberikan oleh kami. ( X )
---Buku itu diberi olehnya. ( / )
3. Kata kerja transitif men...-kan mestilah diikuti dengan objek atau benda manakala kata kerja transitif men...-i mestilah diikuti dengan manusia, kumpulan manusia atau haiwan.
* Contoh:
---Saya menghadiahi seutas rantai kepada emak. ( X )
---Saya menghadiahi emak seutas rantai. ( / )
---Saya menghadiahkan Lily sebuah buku. ( X )
---Saya menghadiahkan sebuah buku kepada Lily. ( / )
4. Ayat pasif dengan imbuhan ter- (untuk kata ganti diri ketiga).
* Contoh:
---Saya tidak terbeli baju yang mahal itu. ( X )
---Dia tidak terbeli baju yang mahal itu. ( / )
5. Ayat pasif dengan imbuhan ber- (untuk kata ganti diri ketiga).
* Contoh:
---Baju saya belum bergosok lagi. ( X )
---Baju adik belum bergosok lagi. ( / )
6. Ayat pasif dengan imbuhan ke...-an (untuk kata ganti diri ketiga).
* Contoh:
---Kami kepenatan setelah bekerja sehari suntuk. ( X )
---Dia kepenatan setelah bekerja sehari suntuk. ( / )
* Contoh:
---Saya kena denda semalam. ( X )
---Dia kena denda semalam. ( / )
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment