Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C mengenang
D mengerang
2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat
B menggeletar
C menggelupur
D menggelepar
3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk
B mengetuk
C memukul
D memalu
5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit
B melenyek
C memerah
D menindih
6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan______ pameran lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C mengadakan
D melahirkan
8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah
B terpisah
C terpecah
D terbahagi
9 Ular sawa itu __________dua ekor anak ayam.
A melulur
B meneguk
C mengunyah
D menghisap
10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang
B menimbang
C melaksana
D melihat
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Lilian ……….buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan
B menyerahkan
C memulangkan
D menghulurkan
12 Peniaga itu …………..keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang
tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih
B mencapai
C mengumpul
D mengais
13 Mulut adik ……………semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup
B tersengih
C terlopong
D terkatup
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.
14 Fauzan ………….kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu
B menyambut
C mengajak
D menanti
15 Banduan itu terpaksa ……………di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap
B menginap
C meringkuk
D menumpang
16 Syarikat Tonggak Maju mampu………….projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan
B melaksanakan
C meningkatkan
D mengadakan
17 Kaki adik ………….kerana memakai kasut yang ketat itu.
A melecit
B melekit
C melecur
D melecet
Jawapan:
1 D
2 B
3 C
4 A
5 C
6 B
7 C
8 B
9 A
10 A
11 C
12 A
13 C
14 B
15 C
16 B
17 D
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment