1. Puan Lim mencelup pisang ke dalam tepung ____ menggorengnya.
( sebelum / selepas / dengan / apabila )
2. ____ kita dewasa nanti, jasa ibu bapa janganlah kita lupa.
( Manakala / Apabila / Selagi / Maka )
3. " ____ tidak dapat hadir ke sekolah, kita mestilah menulis surat kepda guru kelas," kata Leman kepada Hadira.
( Jika / Serta / Kerana / Sungguhpun )
4. ____ badannya besar, namun dia tetap tidak dapat mengangkat kotak itu.
( Jangankan / Walaupun / Sekiranya / Kerana )
5. Sama ada Jonan ____ Zizan, kedua-duanya memang layak menjadi Tokoh Murid Cemerlang sekolah kita pada tahun ini.
( jika / dan / atau / malah )
6. Sulaiman menolong ayahnya mencuci kereta ____ Salmah pula menyiram pokok bunga.
( manakala / kecuali / apabila / setelah )
7. Ratna berasa gembira ____ menerima sijil penghargaan daripada guru besar.
( kerana / supaya / sambil / dan )
8. ____ ditegur oleh guru kelas, sikap Farid telah banyak berubah.
( Maka / Sejak / Selagi / Kerana )
9. Oleh sebab hujan lebat, ____ perlawanan bola jaring itu terpaksa dibatalkan.
( atau / maka / kecuali / sebelum )
10. Pudina akan menyertai perkhemahan itu ____ diizinkan oleh ibu bapanya.
( dan / lalu / atau / jika )
Jawapan:
1. selepas
2. Apabila
3. Jika
4. Walaupun
5. atau
6. manakala
7. kerana
8. Sejak
9. maka
10. jika
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment