Tulis beberapa nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hisyam memandu keretanya dengan hati-hati. Dia perlu segera sampai di rumah kerana anaknya terkena air panas. Hisyam berdoa agar anaknya selamat. Hisyam pasti hal itu berpunca daripada kecuaian pembantu rumahnya. Tiba-tiba, sebuah lori yang dipandu dengan laju memotong kereta Hisyam secara berbahaya. Akibatnya, Hisyam hilang kawalan dan keretanya terbabas ke tepi jalan. Hisyam sangat marah tetapi dia tidak menyumpah pemandu lori tersebut. Hisyam keluar dari keretanya untuk memeriksa keretanya. Dia mendapati satu roda belakang kereta termasuk dalam lubang. Dia mencuba untuk memandu kereta itu tetapi tayar belakang itu tersekat dalam lubang. Sebuah motosikal berhenti di sisi Hisyam. Penunggang motosikal itu menawarkan pertolongan kepada Hisyam. Dengan bantuan penunggang motosikal itu, Hisyam dapat mengeluarkan tayar kereta yang tersekat itu. Hisyam mengucapkan terima kasih kepada penunggang motosikal itu. |
Bina Rangka Jawapan
Penanda Wacana | Kata Penegas | Nilai / Isi | Huraian Isi |
-- | hendaklah | berwaspada | Menaiki kenderaan |
Selain itu | wajarlah | bersabar | Tidak memarahi orang lain tanpa usul periksa |
Bukan sahaja itu | patutlah | bertanggungjawab | Memeriksa kendaraan sebelum menggunakannya |
Di samping itu | perlulah | baik hati | Memberikan bantuan kepada orang yang memerlukannya |
Akhirnya | haruslah | berbudi bahasa | Berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita |
Kita hendaklah berwaspada semasa menaiki kenderaan. Selain itu, kita wajarlah bersabar dan tidak memarahi orang lain tanpa usul periksa. Bukan sahaja itu, kita patutlah bertanggungjawab dengan memeriksa kenderaan sebelum menggunakannya. Di samping itu, kita perlulah baik hati dengan memberikan bantuan kepada orang lain yang memerlukannya. Akhirnya, kita haruslah berbudi bahasa dengan berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita.
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment