LATIHAN TATABAHASA
1. Murid – murid kelas itu ______________ menyiapkan kerja
masing-masing.
masing-masing.
A. meminta C. permintaan
B. diminta D. mintalah
Semak
2. Mangsa – mangsa kemalangan itu ______________ rawatan pesakit luar.
A. melalui C. menjalani
B. memasuki D. mengharungi
Semak
3. Seekor ikan paus ______________ di pantai Merdeka.
A. terbaring C. terperosok
B. tertiarap D. terdampar
Semak
4. Ayah sudah ______________ bayaran bil elektrik.
A. menegaskan C. melenyapkan
B. menjelaskan D. mengeluarkan
Semak
5. Ibu menyuapkan ______________ pulut ke mulut adik.
A. seketul C. sekepal
B. sepinggan D. sepinggan
Semak
6. Hanya segelintir penduduk kampung yang mempunyai kereta lebih
daripada ______________.
daripada ______________.
A. sebiji C. sebuah
B. sebutir D. sepotong
Semak
7. Dia berasa ______________ untuk menerima bantuan daripada orang
yang tidak dikenalinya itu.
yang tidak dikenalinya itu.
A. buta hati C. besar hati
B. tawar hati D. berat hati
Semak
8. Salwa meluahkan ______________nya kepada kami sembil menangis.
A. patah hati C. khabar angin
B. isi hati D. titik peluh
Semak
9. Tan Meng tidak ______________ untuk meninggalkan adiknya seorang
diri di situ.
diri di situ.
A. mengambil berat C. sampai hati
B. mengambil hati D. sampai hajat
Semak
10. Baju itu dibuat ______________ sutera.
A. dari C. dengan
B. daripada D. di
Semak
11. Orang kenamaan itu sedang beramah mesra ______________
kanak-kanak cacat di majlis itu.
kanak-kanak cacat di majlis itu.
A. terhadap C. dengan
B. pada D. bagi
Semak
12. Puan Geeta ke dapur ______________ menjerang air.
A. sambil C. dan
B. lalu D. maka
Semak
13. Encik Lim ______________ ke pejabat dengan basikal.
A. mundar – mandir C. lalu – lalang
B. lambat – laun D. ulang - alik
Semak
14. Encik Malik sedia berkhidmat ______________ tenaganya diperlukan.
A. walaupun C. selagi
B. sehingga D. kerana
Semak
15. “Wah, ______________ betul cuaca hari ini!” kata Rosli.
A. bersih C. cerah
B. nyaman D. cantik
Semak
16. Air tasik yang ______________ itu berkocak apabila dilempari batu.
A. hening C. syahdu
B. nyaman D. tenang
Semak
17. Majlis perasmian itu berjalan dengan ______________.
A. laju C. lancar
B. pantas D. licin
Semak
18. David sentiasa berfikir ______________ sebelum melakukan sesuatu.
A. banyak C. jauh
B. panjang D. lama
Semak
19. Nenek menatap wajah kami ______________.
A. sedikit – sedikit C. jelas – jelas
B. lama – lama D. kuat – kuat
Semak
20. Perbuatan ______________ di pusat beli – belah tidak berfaedah.
A. membeli – belah C. merayau – rayau
B. melihat – lihat D. meninjau – ninjau
Semak
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment