Buah Kegemaran Saya
Malaysia kaya dengan buah-buahan tempatan yang bermusim dan yang tidak bermusim. Buah kegemaran saya ialah betik.
Betik ialah sejenis buah yang tidak bermusim. Buah ini banyak mempunyai biji. Warna kulit buah betik yang mentah adalah hijau. Warna kulit buah betik akan bertukar menjadi kuning kemerahan apabila masak. Isi buah betik yang masak lembut dan manis.
Buah betik sangat murah dan mudah didapati di mana-mana gerai buah-buahan. Buah ini kaya dengan vitamin C.
Buah ini sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Saya suka makan betik sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari dan makan malam.
Kosa kata:
1. musim :季节
2. mentah :生
3. berkhasiat :有益、有营养
4. pencuci mulut :甜点
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment