Pada hari Ahad yang lalu, Puan Rohana berkunjung ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah.
Sewaktu Puan Rohana sedang asyik memilih jam tangan yang hendak dibelinya, seorang lelaki menghampirinya lalu meragut beg tangannya. Puan Rohana menjerit meminta tolong.
Peragut itu cuba melarikan diri. Seorang pengawal keselamatan yang ternampak kejadian itu segera mengejar peragut itu. Akhirnya peragut itu berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan itu.
Peragut itu dibawa ke balai polis. Beg tangan itu kemudian dikembalikan kepada Puan Rohana. Puan Rohana mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan yang telah menolongnya.
Kosa kata:
1. asyik : 一直
2. meragut : 抢掠、抢夺
3. melarikan diri : 逃脱
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment