Saya telah menyambut hari jadi saya yang ke-9 pada minggu lalu.
Ibu dan bapa saya telah mengadakan jamuan untuk meraikan hari jadi saya. Saya telah mengajak kawan-kawan datang ke jamuan itu.
Pada petang itu, kawan-kawan saya datang dan membawa hadiah untuk saya. Mereka menyanyi lagu " Selamat Hari Jadi" untuk saya. Kemudian saya meniup lilin dan memotong kek. Selepas itu, kami makan kek bersama-sama. Kami juga makan hidangan di atas meja.
Setelah makan, kami bermain bersama-sama. Suasana pada hari jadi saya sungguh meriah. Saya berasa sungguh gembira pada hari itu. Saya berharap agar ibu dan bapa saya akan tetap mengadakan jamuan hari jadi saya pada tahuan depan.
Kosa kata:
1. meraikan :庆祝
2. mengajak :邀请
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment