1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar
Soalan 3 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam
4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
Soalan 5 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap yang dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang
7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman
8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah
9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup
10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh
11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira
12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________.
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang
13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing
14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring
15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar
Jawapan:-
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment