Di sekolah saya ada sebuah perpustakaan. Perpustakaan sekolah saya besar, cantik dan bersih serta mempunyai pendingin udara.
Di dalam perpustakaan sekolah saya ada banyak buku cerita, majalah, dan buku rujukan. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis surat khabar. Semua bahan bacaan disusun dengan kemas di atas rak.
Pustakawan-pustakawan di perpustakaan sekolah saya bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid di dalam perpustakaan. Mereka juga membalut buku, menyusun buku di atas rak dan menjaga kebersihan perpustakaan.
Buku-buku di dalam perpustakaan sekolah adalah untuk kegunaan semua murid. Oleh itu, buku-buku itu perlu dijaga dengan baik agar semua murid berpeluang menggunakan buku-buku itu.
Kosa kata:
1. buku rujukan : 参考书
2. pustakawan : 图书管理员
3. disiplin :纪律
Kosa kata:
1. buku rujukan : 参考书
2. pustakawan : 图书管理员
3. disiplin :纪律
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment