Nama ibu saya ialah Rohani binti Ramli. Usianya empat puluh tahun. Dia bekerja sebagai seorang kerani di sebuah bank.
Ibu saya seorang yang bertanggungjawab dan penyayang. Setiap hari selepas pulang dari tempat kerja, dia sibuk mengemas rumah dan memasak untuk kami sekeluarga.
Hobi ibu saya adalah menanam pokok bunga. Dia banyak menanam pokok bunga di halaman rumah kami. Setiap pagi sebelum pergi ke tempat kerja, dia tidak lupa menyiram pokok-pokok bunga itu.
Ibu saya sangat mengambil berat tentang pelajaran saya. Pada waktu malam, ibu saya selalu menemani saya mengulang kaji pelajaran. Saya sangat sayang akan ibu saya.
Kosa kata:
1. tanggungjawab :责任
2. mengambil berat: 关心
3. mengulang kaji : 复习
0 comments:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment